Wednesday, April 10, 2013

MANIFESTO BN:  AKU JANJI BN MANFAAT SEMUA

KUALA KRAU - Manifesto atau aku janji Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) membuktikan suara hati rakyat mendapat perhatian serius Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, manifesto yang merangkumi pelbagai bidang dan kepentingan semua kaum, kerjaya dan masyarakat itu akan memakmurkan rakyat dan negara.

Tegasnya, butiran terperinci manifesto itu menjelaskan lagi bahawa aku janji itu adalah jelas untuk membawa kebaikan bagi semua dan tetap ditepati BN jika kembali membentuk Kerajaan Persekutuan.

"Manifesto yang mengandungi 17 teras utama itu mencakupi antara lain berkaitan pendidikan, keselamatan, ekonomi, sosial, politik dan pembangunan ummah adalah menjurus kepada usaha untuk menggembirakan rakyat dan memakmurkan negara.

"Kerajaan BN yang membuat janji dalam PRU-13 ini pasti akan menepati segala aku janji itu kerana rekod perkhidmatan BN telah terbukti dan rakyat pelbagai lapisan telah pun menikmatinya.

"Malah ironinya pula sebarang janji yang ditunai kerajaan BN turut dinikmati penyokong pembangkang yang kadang-kadang melabelkan pemberian BN dengan celaan negatif,'' katanya pada majlis perjumpaan dengan penyokong BN di Bandar Tun Abdul Razak Jengka.

Beliau yang juga penyandang Ahli Parlimen Kuala Krau merayu rakyat memilih calon BN yang ditonjolkan di kawasan masing-masing kerana sokongan padu rakyat akan menjamin kelangsungan tamadun Melayu terus terbilang.

Jelasnya, rakyat perlu membulat tekad dan suara masing-masing untuk mengekalkan pemerintahan kerajaan BN dengan majoriti lebih besar.

Beliau berkata, sokongan padu penting supaya matlamat kemenangan majoriti dua pertiga bagi membentuk sebuah kerajaan yang mantap dan kuat tercapai sekali gus memudahkan kerajaan merangka projek pembangunan untuk rakyat.

''Kerajaan BN di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya meletakkan negara diiktiraf di pentas persada antarabangsa.

''Rakyat dari semua lapisan etnik dan profil telah diberi layanan secara adil dan saksama yang tidak terdapat di negara lain di dunia,'' katanya. – Utusan Online

No comments:

Post a Comment